Keputusan Ku

Lee Song Ing.com

 Pada 1 September 2020, wakil MU dari pusat Borneo Evangelical Mission(BEM) Rev.  Welly Sigo dengan disaksikan oleh Pengerusi Daerah BEM Daerah Sarikei Pr.  Paul Landing dan wakil Majlis Zon BEM Zon Saratok Panatua Awel Seli, dalam pukul 3.00pm bertempat di ruang tamu rumah pastor gereja BEM Saratok, dimana kami telah mengadakan mesyuarat ringkas berkenaan dengan hal saya melanjut pelajaran di STT Ekumene.  Menurut Rev. Welly Sigo, saya telah melanggar perlembagaan BEM, kerana saya belajar di STT yang tidak ada M.O.U dengan BEM. dalam mesyuarat ringkas itu saya diminta untuk membuat keputusan, samada untuk meneruskan kuliah saya di STT Ekumene atau berhenti serta merta. Menurut Rev. Welly, sekiranya saya berkeputusan untuk meneruskan kuliah, itu ertinya saya harus keluar dari persekutuan BEM, begitu juga sebaliknya. Saya telah membuat keputusan untuk meneruskan kuliah saya di STT Ekumene sehingga selesai, dan bererti saya dalam masa yang sama telah membuat keputusan keluar dari BEM. Namun Rev. Welly atas budibicaranya masih memberi 7 hari untuk saya berfikir kembali, sekiranya saya masih dengan pendirian saya, saya diminta untuk menulis surat pernyataan yang mana saya telah keluar dari BEM. menurut beliau sekiranya surat pekeliling dari Pusat BEM telah diedarkan ke setiap gereja BEM, saya dilarang untuk melayani dan menginjak kaki dimana-mana gereja BEM di seluruh Sarawak dan segala keistimewaan yang diberi oleh BEM selama ini akan dilucutkan. Namun saya tetap dengan keputusan saya iaitu meneruskan kuliah saya hingga selesai di STT Ekumene dan dalam masa yang sama saya juga berencana untuk membuka cabang GSKI di sini. 

"Kebenaran Akan Memerdekakanmu"

Agustine Suong

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lagu Dalam Bahasa Dayak Kayan (Doaku)