Kalau Corona Virus alias Covid19, hadirnya kedunia ini kerana dibenarkan Tuhan, jangan fikir ada doa yang dapat menghalangnya. Namun ia pasti akan berhenti sesuai masa yang diperuntukkan baginya, jadi pakai hikmat dan akal yang Tuhan beri kepada kita, jangan menganggap bahawa imanmu dapat mengarahkan Tuhan dari tindakkan-Nya, kalau arahan Tuhan tidak kita penuhi, apakah semudah yang kita fikir, Tuhan akan mendengar arahan kita. Tuhan itu maha adil, Dia adil dalam semua yang dilakukan-Nya, dan kita tiada hak untuk mengubah keputusan-Nya. Namun Dia juga maha kasih,ertinya pasti ada waktu untuk Corona Virus ini akan berakhir kerana tidak selamanya ia akan membunuh manusia, pasti ada anak manusia yang Tuhan berikan hikmat untuk menemui vaksin pebunuh Virus Corona ini. Kerana itu sebagai sesama manusia, kita harus mempertimbangkan yang lain, kita harus memberi kerja sama sesuai bahagian kita, kerana Tuhan memerintahkan supaya kita saling mengasihi sesama, jadi patuhilah perintah ...